Tuesday, October 28, 2008

5 Laman web yang berkaitan dengan Pendidikan Islam

5 Laman web yang berkaitan dengan Pendidikan Islam ialah :

1. www.islam.com

Melalui laman web ini saya mendapati bahawa ia merupakan satu laman web yang bagus dan sangat berguna kepada semua lapisan masyarakat yang hendak mengetahui perkara yang berkaitan dengan Islam. Menerusi web ini kita dapat mempelajari sejarah islam, cara hidup islam, fasafah islam dan banyak lagi. Pendek kata laman web ini cukup berguna untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada kita. Selain daripada itu, laman ia juga banyak memberi manfaat kepada para guru terutama yang mengajar mata pelajaran pedidikan Islam. Banyak ilmu dan input yang boleh digunapakai dalam proses pembelajaran.

2. http://www.ilim.com

Laman web Institun Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan laman web yang mudah, mesra pengguna dan mempunyai banyak informasi. Laman web ini mempunyai banyak maklumat terkini yang sesuai untuk semua golongan pengguna. ILIM juga merupakan suatu badan yang banyak menganjur program atau kursus-kursus dalam pembentukan diri seorang muslim. Para guru juga mungkin boleh mengambil peluang ini untuk berkerjasama dengan pihak ILIM dalam membentuk diri seorang pelajar muslim.

3. http://www.yadim.com.my

Menerusi permehatian, saya mendapati laman web ini amat sesuai dan mudah untuk dilayari. mengandungi informasi terkini amat sesuai bagi semua lapisan masyarakat. Laman web ini juga amat sesuai bagi para guru atau pendidik tidak kira pihak kerajaan atau swasta. Ini kerana laman web ini juga merupakan badan dakwah yang membina imej Islam sebagai agama yang benar dan adil, menarik lebih ramai pendakwak muda yang berpengetahuan tinggi dan berwawasan besar demi untuk kepentingan agama Islam.

4. http://www.ikim.gov.my

Nama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) merupakan nama yang tidak sinonim lagi dan dikenali ramai. Laman web yang cantik dan mesra pengguna amat mudah untuk dilayari oleh semua lapisan masyarakat. Dilengkapi dengan pelbagai jenis informasi, IKIM juga boleh didapati melalui siaran radio IKIM.fm. Informasi terkini yang menyediakan artikal serta buletin yang memberi maklumat mengenai Islam itu sendiri sesuai dengan nama IKIM itu sendiri yang memberi kefahaman mengenai Islam itu sendiri. Laman web ini amat sesuai bagi semua golongan masyarakat kerana informasi serta maklumat yang disediakan berunsurkan Islam.

5.http://www.perkim.net.my/

Laman web ini menyediakan banyak informasi yang berguna dan mudah untuk dilayari. Laman web ini juga menyediakan ilmu serta maklumat yang berguna kepada para pendidik. Laman web ini juga menyediakan pembelajaran secara e-pembelajaran yang menyediakan ilmu serta bahan pembelajaran yang berguna bagi semua pihak terutamanya kepada para pelajar.